SAHABAT, TEMAN, KAWAN, KARIB, DAN RAKAN
‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu
melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan
ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’
ALLAH SWT mencipta makhluk di atas
muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup
bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada
seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain
daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai
seorang manusia yang normal.
Inilah antara hikmah, kenapa Allah
SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa.
Dalam Islam faktor memilih kawan
amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia,
kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personality individu. Ada
kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak
kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan
sahaja.
Pendek kata sahabat boleh menentukan
corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan
menerima padahnya. Bak kata pepatah Arab, “ Bersahabat dengan penjual minyak
wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan
tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”
Kata mak, KAWAN tu ibarat
lebah, habis madu sepah dibuang...
kata abah, KAWAN tu umpama
bunga ros, dipandang cantik dipegang sakit...
kata atuk, KAWAN tu
seperti air, terus mengalir....
kata nenek, KAWAN tu bak
bulan, dipuja dan disanjung tapi nun jauh di sana...
kata sedara, kawan tu
macam makanan, kawan makan kawan!!!
kata abang, KAWAN tu
seperti lembu, mengikut saja apa dikata...
kata kakak, KAWAN tu tak
ubah macam durian, bau je busuk tapi sedap dimakan...
kata adik, KAWAN tu macam
biskut, kejap ada kejap takde...
kata aku, KAWAN tu tak
kisahlah camana sekali pun...walaupun ia ibarat lebah, umpama bunga ros,
seperti air ,bak bulan, seperti lembu, tak ubah macam durian & macam
biskut!!!
dia tetap kawan...tau tak
sebab apa???
sekali aku dah kawan ngan
dia selamanya dia tetap kawan aku...itu cara aku berkawan!!!
walaupun kita mempunyai
kekasih, tapi KAWAN tetap paling setia,..
walaupun kita punyai harta
yang banyak, KAWAN tetap paling berharga....
No comments:
Post a Comment